Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS FILIPINA TEMBAK MATI WARGA EMAS ENGGAN PAKAI TOPENG

Khamis lalu, kerajaan Filipina mengeluarkan arahan kepada orang awam agar memakai topeng perlindungan apabila keluar rumah sepanjang tempoh lockdown selama sebulan. Mereka yang ingkar akan di tembak mati menurut arahan presiden, Rodrigo Duterte.



Hari ini, seorang warga emas berumur 63 tahun menjadi korban pertama apabila ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka. Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit dalam kejadian yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte

Filipina setakat ini telah mencatat lebih 3,000 kes positif COVID-19, dengan 144 kematian.


Berbeza dengan di Sabah, penduduk yang ingkar hanya di sebat sahaja sebagai langkah memberikan pengajaran namun masih ada yang degil dan dikenakan hukuman penjara dan denda.