Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMANDU LORI AIS TULAR INGKAR PKP DITAHAN

INFO BES TAWAUfm



TAWAU; 13 APRIL 2020 (Isnin) - Polis Tawau berjaya menahan seorang pemandu lori ais dipercayai telah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas nekad mengalihkan besi penghadang Sekatan Jalan Raya (SJR) dan melakukan pusingan-U di laluan susur keluar ke Megah Jaya di Batu 3 Jalan Apas. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, lelaki warga tempatan berumur 32 tahun itu ditahan susulan tular visual berdurasi 28 saat apabila suspek dipercayai telah turun dari lori untuk membuka besi penghadang bagi membolehkan lori dipandunya melepasi laluan berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengahari. 

Katanya, suspek telah mengaku salah dan mengaku membuka besi penghadang SJR dan sekaligus melanggar arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan. 
Susulan itu, suspek telah ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020. 

ACP Peter berkata, Suspek yang didapati gagal mematuhi arahan polis dengan melanggar arahan SJR yang sah didirikan turut disiasat dibawah Seksyen 26(1) Akta Polis 1967.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati suspek memiliki tiga saman atas kesalahan trafik. Bagaimanapun semakan keatas pendaftaran kenderaan dipandu suspek tidak memiliki sebarang saman. Lori dipandu suspek turut dirampas.

#BESTAWAUfm

[Sumber]