Ticker

6/recent/ticker-posts

MPT KETATKAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN PASAR TANJUNG

Berdasarkan satu mesej daripada Presiden MPT kepada media, arahan terbaru kepada semua warga Tawau yang ingin ke pasar:

1. Hendaklah menyediakan senarai barang yang hendak dibeli. Petugas MPT akan ditempatkan di pintu masuk utama Pasar Tanjung. Sekiranya tiada senarai, tidak akan dibenarkan masuk.

2. Hanya 20 orang pembeli maksimum saja yang boleh berada didalam kawasan pasar dan setiap pengunjung akan diberikan nombor.

3. Setiap pengunjung hanya diberikan masa 20 minit untuk membeli barang yang diperlukan didalam kawasan pasar.


Arahan ini bertujuan untuk mengawal penularan COVID-19 di daerah Tawau. Setakat semalam, Tawau mencatatkan 70 kes positif COVID-19 dengan 1 kematian dan 12 kes sembuh.