Ticker

6/recent/ticker-posts

JIP TERBAKAR SELEPAS KEMALANGAN DAN TERBABAS SENDIRI

INFO BES TAWAUfm



TAWAU; 22 APRIL 2020 (Rabu) - Sebuah pacuan empat roda (jip) terbakar dan mengalami kerosakan keseluruhan kenderaan selepas terbabas sendiri dan terbakar dalam kejadian di batu 7 Jalan Apas, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun pemandu jip berkenaan (lelaki) tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 6.45 ketika jip berkenaan dalam perjalanan dari Batu 10  menghala ke Taman Megah Jaya.

Hasil siasatan mendapati, semasa sampai di lokasi kemalangan, pemandu jip berkenaan telah hilang kawalan pemanduan di kawasan laluan jalan berselekoh menyebabkan jip terbabas ke pembahagi jalan dan terlanggar sebatang tiang lampu.

Kenderaan (jip) berkenaan musnah dan hangus keseluruhannya apabila mula terbakar selepas 20 minit berlaku kemalangan tersebut.
ACP Peter berkata, Kebakaran kenderaan tersebut dapat dikawal dan api berjaya dipadamkan selepas dipadamkan dengan bantuan pihak Bomba. 

Katanya, kes tersebut disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.


#BESTAWAUfm