Ticker

6/recent/ticker-posts

JABATAN AIR TAWAU KESAN 8 SAMBUNGAN PAIP HARAM DI 2 KAMPUNG

TAWAU; 17 APRIL 2020 (Jumaat) - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Bahagian Tawau berjaya mengesan lapan sambungan paip haram iaitu masing-masing enam di Batu-4 Jalan Apas dan dua lagi di Kampung Membalua, semalam.



Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robenson yang dihubungi pemberita RTM berkata, ia susulan aduan yang diterima berkaitan kawasan dan berlakunya kegiatan curi air di kawasan Batu 4 serta Kampung Membalua pada rabu.

Beliau berkata, operasi pemotongan enam sambungan paip poly pelbagai saiz tanpa meter yang disambung secara terus ke paip utama bersaiz 225-milimeter untuk disalur ke penempatan setinggan di Kampung Sri Aman Batu-4 dijalankan kira-kira pukul 2 petang.

Sementara itu, operasi pemotongan dua lagi paip poly yang disambung ke paip bersaiz 150-milimeter yang dikesan di Kampung Membalua dilakukan pada 8.25 malam.

Menurut Asabri, perbuatan curi air yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ini akan disiasat dibawah Seksyen 49 (b) dan Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003 dan jika sabit kesalahan boleh didenda 50-ribu ringgit atau dua tahun penjara.

Sehubungan itu, beliau turut mengalakkan kerjasama orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan berhubung paip pecah atau salah laku curi air dengan menghubungi Careline JANS di talian 088-326888.