Ticker

6/recent/ticker-posts

28 SEMBUH, TAWAU MASIH BERBAKI 50 KES POSITIF COVID-19 MASIH DIRAWAT

INFO BES TAWAUfm 



TAWAU; 17 APRIL 2020 (Jumaat) - Tawau catat 7 lagi kes sembuh (discaj) hari ini menjadikan jumlah pesakit positif covid-19 bagi daerah Tawau yang telah sembuh seramai 28 orang.

Bagaimanapun, daerah Tawau masih berbaki 50 pesakit dari 79 kes positif covid-19 yang kesemuanya masih dalam pengawasan dan dirawat di Hospital Tawau. 

Berdasarkan laporan harian yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, bagi daerah Tawau 9 pesakit dilaporkan sembuh semalam dan tambahan pesakit covid19 sembuh hari ini sebanyak 7 kes. 

Ini menampakkan perkembangan positif bagi daerah Tawau yang merupakan daerah disenarai zon merah (bahaya) dengan rekod sembuh sebanyak 16 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut.
Sementara itu, untuk tempoh dua hari berturut-turut juga, Tawau tidak merekodkan pertambahan kes baharu dan kekal 79 kes positif covid-19. 

Untuk rekod, hasil analisa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyatakan 95 peratus kes positif covid-19 di Tawau merupakan dari kluster tabligh yang menghadiri ijtimak di Seri Petaling, hubungan kontak generasi pertama, kedua dan ketiga. 

Sementara itu, Tawau turut merekodkan 1 kes kematian covid19 merupakan kes kematian pertama bagi negeri Sabah. 

#BESTAWAUfm