Ticker

6/recent/ticker-posts

CURI DUIT TOKONG, LELAKI WARGA ASING DI BERKAS, SEORANG LAGI DIBURU

TAWAU; 9 APRIL 2020 (Khamis) - Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing dan giat memburu seorang lagi rakan suspek disyaki terlibat dalam kes curi duit tabung sebuah tokong di Batu 5 1/2 Jalan Apas, Tawau, kira-kira pukul 9.15 pagi, 21 Mac lepas.



Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, suspek berumur 35 tahun berkenaan ditahan pukul 12.55 tengah hari tadi di sebuah rumah di Kampung Kinabutan kecil.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek bersama seorang lagi rakannya berumur 20-an bertindak memasuki kawasan tokong lalu mengumpil pengikat tabung menggunakan peralatan Khas.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian melarikan tabung berkenaan ke kawasan semak di Kampung Kinabutan Kecil sebelum mengambil sejumlah wang tunai di tabung terbabit.

Menurut ACP Peter, pihaknya turut merampas sebuah tabung duit yang dicuri dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

[SUMBER]