REMAJA WANITA DI TAWAU MENGAKU SALAH TIPU LAPORAN POLIS.
Padah menimpa seorang remaja wanita berumur 19 tahun kerana beliau didapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu. Menurut laporan BorneoToday.com, remaja terbabit mengaku salah di Mahkamah Majistret Tawau kerana membuat laporan polis palsu. Remaja terbabit dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM1,500.
Kesalahan itu dilakukan pada 2 Mac 2020 di kaunter pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada pukul 3.47 petang.
Berdasarkan maklumat kes, remaja terbabit didakwa membuat aduan polis bahawa dia disamun seorang lelaki menggunakan parang dan melarikan wangnya sebanyak RM300 di sebuah premis lot kedai, Taman Wawasan, pada 2 Mac 2020, jam 12.20 tengah hari namun selepas siasatan polis mendapat kejadian itu tidak pernah berlaku.
Akibatnya, remaja terbabit didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bukan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Majistret Dzul Elmy Yunus kemudian menjatuhkan hukuman bon yang mana tertuduh perlu berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM1,500 dan seorang penjamin tempatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas memberi amaran kepada masyarakat agar tidak membuat laporan palsu kerana ianya perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kegusaran masyarakat, pembaziran masa tenaga penyiasat selain pembaziran wang kerajaan kerana kes tidak wujud.
[Sumber berita]
[Sumber berita]
0 Comments