Ticker

6/recent/ticker-posts

LELAKI WARGA FILIPINA DI DENDA RM2500 KERANA MEMANDU KETIKA MABUK

INDIVIDU DI DENDA 2-RIBU 500-RINGGIT MEMANDU KETIKA MABUK


Seorang lelaki warga Filipina didenda RM2500 oleh Mahkamah Majistret Selepas mengaku bersalah memandu ketika mabuk di Tawau. Menurut laporan BES TawauFM, tertuduh, lelaki Warga Filipina berumur 27 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 4 Jalan Apas Tawau selepas motokar dipandu terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal kira-kira pukul 5.40 pagi, 6 Februari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguakuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, ASP Joan Lee.
Dzul Elmy kemudian menjatuhkan hukuman denda 2-ribu 500-ringgit dan lapan minggu penjara jika gagal menjelaskan bayaran denda itu.
Berbaloi atau tidak hukuman yang dikenakan?

Post a Comment

0 Comments