Berapa harga yang sanggup kita bayar untuk seekor atau sekilo ikan tuna di pasar ikan Tawau? Kisahnya seekor ikan tuna seberat 276kg di pasar ikan utama di Jepun memecah rekod pembelian dengan harga lelongan RM7.38 juta. Ini bermakna, harga sekilo untuk ikan tuna itu ada lebih kurang RM27,400.
Pembeli tersebut juga dikenali sebagai "Raja Tuna" di Jepun dan nama sebenar beliau ialah Kiyoshi Kimura, pengendali rangkaian restoran sushi terkenal di Jepun. Ikan dari spesie tuna sayap biru seberat 276 kilogram, ditangkap di wilayah Aomori di utara Jepun.
“Saya mahu pelanggan kami makan yang amat sedap tahun ini juga,” kata Kimura kepada wartawan selepas lelongan sebelum subuh itu.
Untuk pengetahuan, pada tahun lepas Kimura membayar harga termahal dalam rekod AS$3.1 juta (RM12.7 juta) untuk memiliki tuna seberat 278 kilogram.
Di pasar Tawau, harga ikan tuna pula berapa? Berapa pula harga yang anda sanggup bayar untuk mendapatkan ikan tuna yang sedap?
0 Comments