Ticker

6/recent/ticker-posts

PASANGAN SUAMI ISTERI WARGA INDONESIA MILIKI GADING GAJAH DI TAWAU DICEKUP

INFO BES TAWAUfm

PASANGAN SUAMI ISTERI WARGA INDONESIA MILIKI GADING GAJAH DI TAWAU DICEKUP

TAWAU; 6 JANUARI 2020 (Isnin) - Pasangan suami isteri Warga Indonesia dicekup oleh pasukan khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) selepas menemui empat batang gading gajah yang disorokkkan dalam almari di sebuah bilik di rumah pekerja sebuah ladang kelapa Sawit Luasong, kelmarin.

Kedua-dua suspek berumur 48 dan 50 tahun itu berjaya diberkas kira-kira pukul 1.30 petang dalam Operasi yang bermula pukul 7 pagi.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Jaini dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendati suspek mengakui membeli kesemua gading gajah dengan anggaran berat sehingga 2.5 kilogram itu diantara 1-ribu 500-ringgit hingga 2-ribu ringgit dan bercadang untuk menjual gading tersebut ke Indonesia dengan harga yang lebih mahal.

Pemeriksaan lanjut di lokasi berhampiran turut menemui 21 ekor burung murai batu yang dipelihara tanpa permit oleh pekerja ladang, beberapa lembing, dua pucuk senjata guli dan dua pucuk senapang patah buatan sendiri.

Bagaimanapun, kesemua burung berkenaan telah dilepaskan dan senjata yang dirampas diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Datuk Mashor, Jabatan Perhutanan dengan agensi Penguatkuasa lain komited mengesan penjenayah-penjenayah yang mengancam khazanah Negeri.

Justeru, beliau mengulangi gesaan agar pihak Pengurusan ladang memastikan para pekerja tidak terlibat dengan aktiviti perburuan haram.

#BESTAWAUfm










Sumber: FB BES TAWAUFm

















Post a Comment

0 Comments