Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiga warga emas maut

TAWAU: Tiga warga emas termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu tiga trak pikap dan sebuah bas ekspres di Sungai Nasib Kita, Jalan Tawau-Semporna, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Tee Ling Huat, 65, dan Ngu Heng Dat, 73, yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan Ling Leh Ngik, 66, yang menaiki kenderaan berasingan tetapi daripada model sama.


Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Tee gagal dikawal lalu merempuh kenderaan dinaiki Ling sebelum sebuah lagi trak pikap jenis Isuzu D-Max gagal mengelak dan merempuh mereka.

Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari pekan ini ke Kota Kinabalu yang ketika itu mengekori sebuah kenderaan pikap itu gagal mengelak dan merempuh ketiga-tiga pikap berkenaan.

Laporan asal : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments