Ticker

6/recent/ticker-posts

PM DIJANGKA LETAK JAWATAN ESOK?


Muhyiddin akan letak jawatan esok?


Datuk Seri Redzuan Yusof ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, PN buat masa ini akur dengan ketentuan Perlembagaan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok? 


Walaupun ini masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negara, namun, laporan portal Malaysiakini memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof sebagai berkata 'peletakan jawatan Muhyiddin akan diumumkan pada Isnin'.


"Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan," Redzuan dipetik berkata, dalam laporan bertajuk, "Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok" yang disiar pada Ahad. 


Pemerhatian Astro AWANI di ibu pejabat Bersatu hari ini mendapati pemimpin-pemimpin kanan parti berkenaan telah selesai mengadakan pertemuan apabila dilihat beberapa dari kalangan mereka meninggalkan ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) sekitar jam 11.30 pagi tadi.


Redzuan ketika ditemui Astro AWANI berkata, PN buat masa ini, akur dengan ketentuan Perlembagaan.


SUMBER: ASTRO AWANI


Post a Comment

0 Comments