Ticker

6/recent/ticker-posts

HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG - 2 RUMAH DI HEMPAP POKOK TUMBANG


INFO BES TAWAUfm

2 RUMAH DIHEMPAP POKOK EKORAN HUJAN LEBAT & ANGIN KENCANG 

TAWAU; 05 JULAI 2021 (Isnin) - Ekoran berlaku angin kencang dan hujan lebat malam tadi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima beberapa laporan berlaku pokok tumbang berlaku disekitar Tawau, selain menerima panggilan dua buah rumah dihempap pokok. 

Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan khidmat khas pokok tumbang melalui sistem MERS (999) pukul 6.58-pagi di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

Susulan itu, BBP Tawau telah menggerakkan sebuah jentera LFRT bersama sebuah jentera EMRS menuju ke lokasi sejauh 4-kilomter bersama kekuatan 13 anggota diketuai PBK II Rosliee Suyut.

Menurut Komander Operasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi kejadian, 
melaporkan bahawa telah berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap dua buah rumah yang berdekatan menyebabkan kedua-dua rumah terbabit rosak 80-peratus. 

Pihak Bomba melakukan pemeriksaan akhir untukmemastikan tiada lagi ancaman berbahaya yang boleh mengancam nyawa dan harta benda awam. 

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.40-pagi dan kemalangan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Nilai kerugian dan kerosakan masih dalam siasatan.

Selain itu, BBP Tawau turut menjalankan kerja-kerja mengalih dan membersihkan pokok tumbang ke jalan-jalan raya, antaranya di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).




Post a Comment

0 Comments