Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS TAWAU KELUARKAN 265-KOMPAUN INGKAR SOP DALAM TEMPOH SEMINGGU


TAWAU; 8 JUN 2021 (Selasa) – Sejumlah 265 kompaun dikeluarkan kepada individu yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tawau sejak 1 Jun sehingga semalam (7 Jun 2021).


Ketua Polis Daerah Tawau Assistant Commissioner of Police (ACP) Peter Umbuas berkata, kesalahan paling tinggi yang dilakukan adalah tidak memakai pelitup separuh muka dengan 102-kompaun.


Katanya, 100 pesalah tidak imbas MySejahtera atau tidak mencatit kehadirian mereka ke primis perniagaan, 22 kompaun kepada individu yang berada ditempat awam melebihi masa yang ditetapkan, 16 melakukan aktiviti rekreasi, 12 gagal mematuhi waktu, tujuh kompaun menaiki kenderaan melebihi had, empat kompaun membenarkan pelanggan makan didalam primis, dan dua kesalahan tiada permit rentas daerah.


Jumlah keseluruhan nilai kompaun sejak “lockdown” dilaksanakn di daerah ini adalah 2-ratus 89-ribu ringgit.


Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Pejabatnya di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau.


Jelasnya, sebanyak 15 kumpulan pemantau aktif akan terus bergerak ke seluruh daerah ini bagi memastikan SOP mengekang penularan pendemik COVID-19 terus dipatuhi.


ACP Peter berkata, PDRM yang mengetuai kumpulan pemantau dan penguatkuasaan itu akan memperketatkan lagi semua SOP yang telah digariskan demi kesejahteraan penduduk Tawau.


SUMBER: FB TAWAU FM

Post a Comment

0 Comments