Ticker

6/recent/ticker-posts

KLUSTER BARU DI KESAN DI TAWAU - KLUSTER KOPI BLUES

 


Berdasarkan kemaskini oleh DSP Masidi Manjun di twitter, satu kkuster baru di kesan di Tawau iaitu Kluster Kopi Blues. Hari ini Tawau sekali lagi mencatatkan rekod kes harian tertinggi di Sabah dengan 56 kes positif COVID-19.


Kluster Kopi Blues - Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau. Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun 2021 bersama anaknya. Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes. Sementara itu, dua (2) sampel didapati negatif manakala enam (6) sampel masih menunggu keputusan. Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021. Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.


Post a Comment

0 Comments