Ticker

6/recent/ticker-posts

4KG SYABU DI RAMPAS DI TAWAU

INFO BES TAWAUfm 


SYABU LEBIH 4-KILOGRAM DIRAMPAS - PPM 




TAWAU; 15 JUN 2021 (Selasa) - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas Dadah jenis Syabu seberat 4.3-kilogram ketika melakukan rondaan dan pemantauan menerusi operasi Op Benteng COVID yang dijalankan di perkampungan atas air di Kampung Hidayat, Tawau, malam tadi. 


Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, pihaknya telah mengesan dua buah bot dalam keadaan mencurigakan dan ketika dihampiri bagi melakukan pemeriksaan, didapati tiga suspek telah bertindak terjun ke laut melarikan diri meninggalkan bot dalam kejadian kira-kira 8.42 malam. 


Katanya, hasil pemeriksaan telah menjumpai lima bungkusan mengandungi ketulan Dadah jenis Syabu dianggarkan berat keseluruhan sebanyak 4.3-kilogram yang disimpan di dalam sebuah beg berwarna biru-hitam dianggarkan bernilai 197-ribu 640-ringgit. 


Turut dirampas, dua bot beserta enjin dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai 426-ribu 725-ringgit. Rampasan dibawa ke markas operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut. 


Menurut DSP Mohd Nazari, kes tersebut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan disiasat dibawa Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


#BESTAWAUfm


SUMBER: Tawau FM




Post a Comment

0 Comments