Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: SOLAT JUMAAT DI BENARKAN MENGIKUT KAPASITI DEWAN SOLAT UTAMA MASJID DAN SURAU DISABAH BERKUATKUASA PADA 19 FEBRUARI 2021

PERLUASAN PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU SELURUH ZON NEGERI SABAH KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-19 BERKUATKUASA PADA 19 FEBRUARI 2021 HINGGA TARIKH YANG DIMAKLUMKAN KELAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mengambil ketetapan membenarkan peluasan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau di seluruh Negeri Sabah ketika tempoh PKPB berkuatkuasa mulai 19 Februari 2021M / 07 Rejab 1442H seperti yang dinyatakan dalam pekliling ini. Antaranya:

  • Bilangan jemaah solat lima waktu bagi semua zon di Sabah ialah 1/3 kapasiti dewan solat utama masjid dan surau manakala untuk solat jumaat adalah mengikut kapasiti dewan solat utama masjid adn surau dengan mengambil kira penjarakkan fizikal.
  • Aktiviti dan program masjid dan surau dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam.
  • Majlis akad nikah dibenarkan diadakan didewan atau bilik khas masjid tidak melebihi 5 jam dan bilangan peserta tidak melebihi 20 orang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.



Post a Comment

0 Comments