Berdasarkan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dijadualkan tamat pada 31 Disember 2020 dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021. Ini adalah kerana tiada tanda-tanda penurunan kes dan sejak beberapa hari ini kes positid Covid-19 mencecah 4 angka.
Selain itu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah juga telah mengeluarkan SOP baru untuk perlanjutan PKPP.
Sehingga 14 Januari, Pergerakan individu keluar dari Sabah masih kekal sama, iaitu individu dari Sabah ke Semenanjung perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah (berdasarkan ketetapan oleh KKM). Individu dari Sabah ke Sarawak perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah (berdasarkan ketetapan oleh Kerajaan Negeri Sarawak) dan hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
0 Comments