Ticker

6/recent/ticker-posts

SPRM SIASAT SYED SADDIQ

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan siasatan berhubung kes rasuah membabitkan Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



Kertas siasatan dibuka susulan kejadian kehilangan wang lebih RM200,000 di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya, 29 Mac lalu.

Sumber berkata, pihaknya sudah memanggil Syed Saddiq ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan, untuk dirakam keterangan.

"Memang sudah diketahui umum SPRM sudah memulakan siasatan terhadap beliau (Syed Saddiq).

"Bekas menteri itu dipanggil ketika tempoh PKP fasa pertama untuk bantu siasatan.

"Mengenai dakwaan sebuah portal berita SPRM minta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta, saya tidak boleh ulas lanjut," katanya pada BH, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes itu namun enggan mengulas lanjut.

Awal hari ini, sebuah portal berita melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

Menurut portal itu, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM kerana rasuah.

[SUMBER]

Post a Comment

0 Comments