Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU DIBAHAGIKAN KEPADA 6 ZON, PENDUDUK DIMINTA PATUHI PKP BELANJA IKUT ZON MASING-MASING

INFO BES TAWAUfm

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 (TAHAP 3) - PANDUAN SEKATAN JALANRAYA (SJR), JALAN DITUTUP, JALAN DIJADIKAN 1 HALA DAN AGIHAN BERBELANJA MENGIKUT ZON

1) SEKATAN JALAN RAYA (SJR)
SJR PKP TAHAP 1 (21 MAC 2020)

  •  Road Check Point (RCP) Kalabakan
  •  SJR KM 50 Check Point
  •  SJR Batu 2 ½ Jalan Apas
  •  SJR Simpang Jambatan Putih

SJR PKP TAHAP 2 (4 APRIL 2020)

  •  SJR Jalan Tiku
  •  SJR Jalan Tanjung Batu

SJR PKP TAHAP 2 (7 APRIL 2020)

  •  SJR Jalan Tawau Lama/Bulatan Kampung Titingan
  •  SJR Jalan Kuhara/ Simpang Taman Anson
  •  Jalan Utara / Hadapan Dewan Arena Belia


2) JALAN YANG DITUTUP

  •  Simpang masuk ke Jalan Bahagia.
  •  Susur masuk ke Jalan Dominic.
  •  Simpang masuk ke Jalan Dominic.
  •  Simpang masuk ke Jalan Bestari.
  •  Lampu Isyarat Telekom-Jalan Masjid.
  •  Simpang masuk ke Jalan St. Patrick.
  •  Lampu Isyarat Takada-Laluan masuk Bandar Jalan Kuhara.
  •  Susur masuk ke Jalan Kuhara daripada Jalan Apas.
  •  Jalan Damai-Jalan masuk ke Damai Plaza.
  •  Susur masuk ke Taman Megah Jaya daripada Jalan Apas.
  •  Susur masuk ke Perdana Square daripada Jalan Apas.


3) TERDAPAT LALUAN JALAN UTAMA DIJADIKAN SATU HALA (6 PAGI - 9 PAGI)

  • Jalan Tanjung Batu, bermula daripada Bulatan Tanjung Batu hingga simpang masuk tempat letak kenderaan Hospital bersebelahan dengan Jabatan Tanah dan Ukur.
  • TUJUAN bagi melancarkan aliran trafik bagi kegunaan ‘frontliners’.
  • SJR di simpang Jalan Durahman untuk melencongkan kenderaan yang tidak menepati syarat PKP Tahap 3.
  • Memudahkan petugas SJR untuk melencongkan orang awam yang tiada alasan ke bandar melalui Jalan Durahman.


4) AGIHAN 6 ZON BAGI MENGELAKKAN ORANG RAMAI MEMASUKI PUSAT BANDAR BERBELANJA

ZON 1- PENDUDUK CHECK POINT HINGGA BATU 8 DAN SEKITARNYA.
Zon 1 merupakan agihan penduduk yang tinggal di kawasan Check Point turun sehinggalah ke batu 8 Jalan Apas dan boleh berbelanja di Taman Sawit Balung (G-Mart, Wira Superstore, Pasar Segar, Pasar Ikan dan Sayur, Bandar Sri Indah (BSI) iaitu di Genting Mas, City Fresh, Kedai Runcit Ramai Ria di batu-15, Pasar Ikan dan Sayur batu-8.
Terdapat kemudahan seperti Klinik Kesihatan Apas Balung (Kerajaan), Klinik Swasta BSI, Klinik Swasta Taman Sawit, Mesin ATM BSI dan di Taman Sawit, terdapat stesen minyak Petron batu-10 dan di Balung.


ZON 2 - PENDUDUK BATU PAYUNG, BATU 5 HINGGA BATU 6 DAN SEKITARNYA
Zon 2 merupakan kawasan mereka yang tinggal di Kampung Batu Payung, batu-5 hingga batu-6 dan kawasan sekitarnya boleh berbelanja di Kedai-kedai sekitar batu-5, City Fresh, Kedai Shell di batu-5.
Kemudahan Mesin ATM di Public Bank batu-3, MayBank Kubota dan  di Bataras, Stesen Minyak Shell.


ZON 3- PENDUDUK BATU 4 HINGGA BATU-2 DAN SEKITARNYA
Zon 3 iaitu mereka yang berada di Kampung sekitar batu-2 hingga ke batu-4 Jalan Apas boleh berbelanja di City Fresh Batu 2 & 3, Century Batu 3, Rastamas dan Bataras.
Terdapat Mesin ATM iaitu di Public Bank Batu 3, MayBank Kubota dan di Bataras.
Kemudahan lain iaitu Klinik Kesihatan Kubota (Kerajaan), Klinik Swasta, Stesen Minyak Petronas, Shell dan Petron.


ZON 4- PENDUDUK KONGSI 10 HINGGA SIN ON DAN SEKITARNYA.
Zon 4, Penduduk Kampung Kongsi 10 hingga ke kawasan Sin On dan kawasan sekitarnya boleh berbelanja di Bataras, Jin Hua, Park Well Sin On dan Eastern Plaza.
Kemudahan Mesin ATM terdapat di kawasan berkenaan seperti Public Bank Batu 3, MayBank Kabota dan di Bataras.
Kemudahan lain seperti Klinik Kesihatan Kabota (Kerajaan), Klinik Swasta, Stesen Minyak Petronas, Shell dan Petron.


ZON 5- PENDUDUK KAMPUNGMUHIBBAH, TAMAN UNIVILLA, TAMAN SEMARAK, TAMAN WAWASAN, TAMAN RIA 11, KAMPUNG PASIR PUTIH, KAWASAN SIN ON
Zon 5 bagi penduduk Kampung Muhibbah, Taman Univilla, Taman Semarak, Taman Wawasan, Taman Ria 11, Kampung Pasir Putih dan kawasan sekiranya sehingga kawasan Sin On boleh berbelanja di Kedai, Pasar Ikan dan Sayur Taman Semarak, G Mart Muhibbah Square.
Terdapat kemudahan lain seperti Klinik Kesihatan (Kerajaan), Klinik Swasta di Taman Semarak, Stesen Minyak Petron Jalan Kuhara dan Shell, Petronas di Jalan Utara.
Bagaimanapun, tidak terdapat kemudahan Mesin ATM.


ZON 6 - PENDUDUK KALABAKAN, MEROTAI, BOMBALAI & KAWASAN SEKITARNYA.
Zon 6 bagi penduduk Kalabakan, Merotai, Bombalai dan kawasan sekitarnya boleh berbelanja di Pasar Raya Merotai, Kedai-Kedai Runcit Merotai.
Terdapat kemudahan lain seperti Klinik Kesihatan Merotai (Kerajaan), Stesen Minyak Shell Bombalai, Stesen Minyak Petronas Umas.


Bagaimanapun untuk zon 6 ini tidak terdapat kemudahan Mesin ATM.

#BESTAWAUfm

[SUMBER]