Ticker

6/recent/ticker-posts

BEBERAPA JALAN UTAMA DI TAWAU DITUTUP BERMULA 9 APRIL 2020

Bermula pukul 2 petang 9 April 2020, beberapa jalan utama menghala ke bandar Tawau akan ditutup.  Jalan-jalan berkenaan yang akan ditutup iaitu Pertama, Lampu Isyarat Jalan Utara (Penutupan Jalan Utara arah masuk Bandar ke lampu isyarat lencongan ke Jalan Salleh). Kedua, Jalan Salleh (Penutupan simpang susur Jalan Salleh ke Jalan Dominic). Ketiga iaitu Lampu Isyarat Telekom (Penutupan Jalan Mawar).

Selain itu, kawasan hala ke Jalan Apas, jalan-jalan ditutup iaitu Keempat, Lampu Isyarat Takada (Penutupan Jalan Kuhara arah masuk Bandar ke lampu isyarat lencongan ke Jalan Apas) dan (Penutupan simpang Jalan Belunu). Kelima, Lampu Isyarat Jalan Damai (Penutupan Jalan Apas arah masuk Bandar ke lampu isyarat lencongan ke Jalan Damai). Keenam, Jalan Apas (Penutupan susur masuk ke Jalan Megah Jaya) dan (Penutupan susur masuk ke Jalan Perdana Square). 

Tujuan penutupan enam jalan bertujuan bagi memperketatkan PKP Tahap-2 untuk membendung penularan wabak covid-19 memandangkan Tawau masih tersenarai daerah berada di Zon Merah (Bahaya) di negeri Sabah. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau turut dibantu pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Polis cawangan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam melaksanakan penugasan sekatan jalanraya.