Ticker

6/recent/ticker-posts

FARMASI DI TAWAU DI KOMPAUN RM20 RIBU JUAL TOPENG MUKA RM8.50 SEUNIT

Padah kerana menaikkan harga topeng muka melebihi harga yang ditetapkan oleh pihak kementerian, sebuah farmasi di bandar Tawau telah di kompuan RM20 ribu ringgit. Menurut laporan, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi berkata, Premis berkenaan di kompaun atas kesalahan dibawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Harga maksimum untuk topeng muka jenis N95 telah ditetapkan RM6 seunit. Namun, demi mengaut untung lebih dan mengambil kesempatan keatas permintaan yang semakin meningkat, premis farmasi tersebut telah menaikkan harga kepada RM8.50 seunit. Berikutan itu, Premis berkenaan dikenakan kompaun 20-ribu ringgit dan diberikan tempoh 14-hari bagi menjelaskan kompaun tersebut.

Sebagai tambahan, permintaan topeng muka naik mendadak berikutan penularan wabak virus Corona. Setakat sehingga kini, belum ada kes positif yang dilaporkan di Tawau namun sebagai langkah berjaga-jaga, pakai lah topeng muka sekiranya anda berada di luar rumah dan kawasan tumpuan orang ramai.






[Sumber BESTAWAUfm]

Post a Comment

0 Comments