Ticker

6/recent/ticker-posts

CUBAAN SELUDUP 4000 ANAK KURA-KURA KE TAWAU DIPATAHKAN

Adakah Tawau menjadi pusat penyeludupan binatang eksotik? beberapa minggu lepas, kami ada melaporkan kisah penyeludup buaya yang di tangkap di kawasan bakau kampung Pasir Putih. Terbaru, Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup 4000 ekor anak kura-kura jenis muncung babi (carettochelys insculpta) masuk ke Tawau melaui Sungai Haji Kuning, Sebatik.

Melalui Ops Gelora, PPM Tawau telah menahan sebuah bot penumpang di muara Sungai Haji Kuning yang mencurigakan yang membawa dua buah kotakl dan tiga beg bagasi besar.

Hasil pemeriksaan mendapati juragan bot tidak mengetahui isi kandungan barangan yang dibawa dan setelah diperiksa, terdapat kira-kira 4000 ekor anak kura-kura yang dianggarkan RM250 seekor. Jumlah tangkapan mencecah RM 1 juta. Ironinya, juragan hanya dibayar RM50 sahaja untuk membawa anak kura-kura tersebut masuk ke Tawau, Hasil maklumat juga memberitahu anak kura-kura tersebut hendak dibawa ke Semporna.

Tangkapan ini adalah yang pertama membabitkan hidupan liar bagi tahun 2020 dan siasatan akan dijalankan mengikut enakmen pemeliharaan hidupan liar.

Untuk rekod, kura-kura jenis muncung babi ini tidak terdapat di sekitar negeri Sabah tetapi banyak ditemui di kepulauan Papua di Indonesia dan merupakan hidangan makanan eksotik penduduk pulau berkenaan. [sumber]


Post a Comment

0 Comments