Salah satu trend yang popular di Eropah ialah mereka lebih selesa mendiami rumah kecil. Rumah yang di panggil "Tiny House" ataupun "Mobile Home" ini semakin mendapat tempat di hati orang-orang Eropah. Lihat saja gambar rumah kecil yang dihasilkan oleh sebuah syarikat pemaju rumah kecil dari New Zealand, Tiny Build ini.
Saiz rumah ini adalah 215 kaki persegi dan harganya punya adalah sekitar RM320,000. Ianya dilengkapi dengan sistem tenaga solar yang berharga lebih kurang RM40,000. Kelebihannya? ianya boleh di alihan dengan mudah.
Sekiranya konsep rumah seperti ini diperkenalkan di Tawau, adakah anda setuju? RM320,000 rasanya lebih bagus kita beli rumah di Taman Semarak Megah kan? Saiz rumah lebih daripada 1000 kaki persegi. Kalau tidak duduk pun boleh buat homestay!
Sumber: Arts & Hype
0 Comments