Ticker

6/recent/ticker-posts

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011


Kami sedikit excited hari ini. Apa tidaknya, email yang selama ini kami tunggu telah berkunjung tiba. Ya, kami akan ke konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 sebagai blogger dan menggunakan pas blogger. Kalau anda pernah membaca 5 konsert terbaik pernah diadakan di Tawau, Double Trouble (Search & Wings) kami letakkan di tangga ke 5 berdasarkan pemerhatian kami tapi Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 bagi kami akan menjadi konsert of the year.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Search menjejakkan kaki ke Tawau. Lama dahulu, sudah beberapa kami Search berjaya membuat konsert di Tawau. Mungkin atas dasar Tawau yang terkenal dengan imej para rockersnya maka Search memilih Tawau sekali lagi sempena konsert yang istimewa ini. Seingat kami, Search sudah menjejakkan kaki ke Tawau lama sebelum adanya blog ini. Sekitar tahun 2004, Search pernah datang untuk mengegarkan Dewan Masyarakat Tawau. Dengar cerita, rockers dari seluruh pelusuk Tawau dan daerah sekitarnya telah datang dan memenuhi segenap ruang Dewan Masyarakat Tawau. Kalau ada yang masih ingat, Search juga pernah menerima undangan untuk membuat persembahan di Funfair sekitar tahun yang sama. Bila saja dengar Search buat show di funfair, kami pasti tokey funfair tidur sangat lena malam itu kerana sambutan dari para rockers yang datang untuk menyaksikan persembahan mereka. 2010, Search datang lagi dan kali ini bersama dengan Wings pada siri konsert Double Trouble. Kali ini, venue konsert ialah di Kompleks Sukan Tawau membuatkan para peminat merasa lebih selesa kerana tempat yang lebih luas.

Tapi itu cerita lama tentang Search dan konsert mereka Di Tawau. 2011, 24 Disember sekali lagi di Kompleks Sukan Tawau Search akan meraikan ulang tahun mereka yang ke 30. Kami sebenarnya sangat berminat dengan Amy Search. Bab kata sahabat kami dari Indo, gue itu nge-fan banget ama Amy, begitulah perasaan kami. Bagi kami, karekter Amy memang sudah sebati dengan nama Search. Dan kami mau jumpa Amy Search, ambil gambar 10-20 keping dengan dia boleh.????

Apa yang kami harapkan ialah segala perancangan pihak penganjur (Rockstar Entertainment & Universal Credential  SDN BHD ) akan berjalan dengan lancar. Kami pasti pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan segala dan kami cuma boleh memberi sokongan moral kepada mereka. Yang pasti, Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 will be concert of the year dan bukannya konsert indah khabar dari rupa seperti konsert langenda. Oopsss...Terlebih sudah.!!!

Post a Comment

0 Comments