Itu hari, kami ada bercerita dengan seorang pakcik-pakcik. Dia mengadu dengan kami pasal isu air di sekolah SMK Balung (SMKB) Tawau. Menurut pakcik itu, anaknya bersekolah disana dan tinggal di asrama. Satu masalah yang menghantuinya ketika ini ialah masalah air.
Air yang disalurkan untuk kegunaan di kantin sekolah dan asrama di ambil dan di pam terus dari sungai. Yang menjadi masalah ialah air itu tidak melalui apa-apa tapisan. Menurut pakcik tersebut, air yang dipam dari sungai itu terus digunakan tanpa melalui apa-apa tangki. Dan air tersebut bukanlah air yang begitu bersih. Ini kerana, sebagaimana yang kita tahu, di kawasan balung dan keatas banyak ladang kelapa sawit. Yang di khuatirkan ialah sekiranya ada racun rumpai dari ladang kelapa sawit mengalir terus ke sungai balung.
Pakcik itu juga bertanya kepada kami dengan siapa dia boleh mengadu. Jabatan pendidikan.?? ini masalah air. Jabatan air.?? air tersebut datang dari sungai dan bukan melalui paip jabatan air. Jabatan kesihatan.?? setakat ini tiada kes keracunan atau apa-apa lagi dilaporkan. Jadi, dia tidak tahu mahu mengadu sama siapa. Menurut pakcik tersebut lagi, setiap minggu dia membelikan air sekotak air mineral untuk kegunaan anaknya minum kerana khuatir air dari sungai itu akan memudaratkan kesihatan anaknya.
Kami mencadangkan pakcik tersebut untuk berjumpa dengan pihak pentadbiran SMK Balung dan berbincang dengan mereka mengenai masalah ini. Kalau tidak pun boleh buat aduan kepada persatuan PIBG sekolah.
Jadi, disini kami ingin bertanya kepada para pembaca. Dimana lagi boleh pakcik tersebut membuat aduan mengenai masalah ini.??
1 Comments
Sekarang ni tender untuk buat paip air dari Balung ke Inderasabah telah dibuka. Pastikan dalam tender tu ada juga untuk SMK Balung. Tender Jabatan Air Sabah.
ReplyDelete