Ticker

6/recent/ticker-posts

Ice Box terbakar lagi

Seperti dalam Tweet Status petang tadi, ketika lepak-lepak bersama rakan taulan, aku terbaca berita hangat pada Utusan Borneo. Ice Box terbakar lagi.



Seperti yang mana kita ketahui, Icebox atau kampung Titingan adalah tempat yang paling selalu berlaku kejadian kebakaran. Sebenarnya, tahun 2011 ini bukanlah kali pertama kebakaran berlaku. Cuma kejadian kali ini adalah antara yang terbesar kerana melibatkan 50 rumah. Dikatakan 300 penduduk hilang tempat tinggal.



Kejadian dikatakan berpunca daripada seorang kanak-kanak yang memasak meggi, tetapi terlupa. Ada juga mengatakan litar pintas kerana kepada yang pernah masuk ke kawasan Icebox ini, pasti tahu sambungan kabel-kabel elektrik disana bagaimana. Selain itu, ada juga mengatakan kebarakan ini sengaja dirancang untuk "membersihkan" kawasan kg Titingan ini untuk memberi laluan kepada bandar baru Icebox yang sedang dirancang.

Apa pun sebabnya, mari kita sama-sama berdoa supaya Tawau yang kita cintai ini jauh dari malapetaka dan musibah. Amin.

update : gambar kebakaran dari facebook Tawaurian.

P/S : jangan lupa ikuti kami di Twitter untuk updates mengenai Tawau.

Post a Comment

0 Comments